top of page

Logo Kolej

Takrifan Warna
-
Warna biru di bahagian dalam lencana menggambarkan keharmonian, kedamaian, semangat kekitaan dan kerjasama warga kolej dalam merealisasikan misi dan visinya.
-
Warna kuning pula melambangkan kesetiaan dan keluhuran hati warganya terhadap kolej tanpa rasa prejudis.
-
Warna merah terang melambangkan keberanian, sifat dinamik dan tidak mudah mengalah warga kolej.
-
Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan kolej.
-
Warna biru tua di luar lencana melambangkan perpaduan erat warga kolej yang berbilang kaum,agama dan latar belakang ke arah kecemerlangan bersama.
​
Takrifan Simbol/Lambang dan Bentuk
-
Simbol Atom - melambangkan satu batasan peraturan iaitu pelajar-pelajar bergerak mengikut misi dan visi kolej dengan tepat dan lancar selaras dengan aspirasi negara. Ia juga melambangkan kolej ini sebagai pusat ilmu yang melahirkan pelajar yang menguasai pelbagai bidang ilmu, sains teknologi dan sosial.
-
Topi Graduasi - merupakan satu matlamat utama semua pelajar iaitu dapat menyambung pelajaran sehingga ke menara gading.
-
Tulisan Moto Kolej Maju Jaya di atas anak panah kuning melambangkan Kolej sentiasa bergerak ke depan untuk kemajuan dan kejayaan pelajar.
-
Bentuk keseluruhan lencana adalah jantung/hati merupakan lambang teras kerohanian, pusat pemikiran, emosi dan akhlak. Jantung juga adalah perisai yang membentuk jati diri. Hati yang tulus dan bersih akan membentuk akhlak yang mulia.
bottom of page